Sunday, May 9, 2010

"STRES"

6 Masalah Kulit Akibat Stres



Ketika fikiran & emosi tidak seimbang , tekanan mula dirasakan saat ini juga ia akan memberikan kesan pada kulit seseorang. Akan berlaku masalah pada kulit dan sekiranya ini berlaku, tahap keyakinan diri seseorang mulai luntur dan akhirnya menambahkan lagi tekanan yang ada.

Ada juga yang mengambil pendekatan salah bagi mengatasi tekanan perasaan seperti merokok, makan makanan ringan tanpa menyedari ia mendatangkan kesan lebih buruk kepada kulit. PERHATIKAN ! 6 Masalah kulit yang akan timbul ketika anda STRES. Oleh sebab itu pandai-pandailah mencari CARA MENGAWALNYA !


JERAWAT MUDAH TUMBUH


Hormon yang tidak stabil disebabkan stres boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat. Pengeluaran minyak pada kulit sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat hingga kulit mudah diserang bakteria. Bagi anda yang ingin mengatasi masalah ini, mungkin cara ini boleh membantu.

Pemilihan produk kecantikan yang betul adalah amat penting. PRODUK PERAWATAN BIOPEARL kami dari SIRI PEMBERSIH samada DERMACLEANSE FACIAL SOAP, SEBUMCONTROL CLEANSING GEL ataupun SENSITIVE CLEANSING GEL dapat membantu membunuh bakteria sebelum menyapu pelembap yang sesuai. Jangan amalkan TABIAT MEMICIT JERAWAT kerana semakin anda memicit semakin rosak kulit dan meninggalkan kesan hitam. Sebaiknya, gunakan DERMACLEANSE FACIAL SOAP kami yang diadun istimewa dan bertindak 3 dalam 1 sebagai Campuran herba yang terbukti secara saintifik membantu mengurangkan masalah kulit berminyak dan berjerawat, mengurangkan tompok-tompok hitam (scar). Elakkan juga menggosok bahagian bermasalah dengan skrub terlalu lama. Gunakan 'PEMBERSIH' , 'MASKER' & 'SCRUB'.DERMACLEANSE FACIAL SOAP Biopearl yang mendinginkan kulit wajah.


KULIT MENJADI KERING


Tekanan fikiran boleh menyebabkan perjalanan darah tidak lancar. Kadangkala ia mengalir terlalu sedikit dan kadang kala terlalu banyak sehinggakan perubahan kulit anda nampak ketara. Kulit kelihatan kering, pucat dan kemerahan. Oleh itu sebaiknya, gunakan produk PERAWATAN KECANTIKAN BIOPEARL kami yang mempunyai PH yang rendah. Produk Biopearl dari SIRI MERAWAT iaitu krim pelembap VITAPLEX sejenis krim yang diadun dari ekstrak 'BOTANICAL' yang dikenali sebagai krim'PEMBAIK-PULIH', melindungi kulit dari kekeringan, bengkak dan kemerahan. Sebagai krim 'ANTI BAKTERIA' dan membantu memulihkan luka-luka kecil yang bertindak dengan cepat tanpa meninggalkan sebarang tanda, tompok hitam atau lubang yang boleh menghilangkan keserian wajah. Krim pelembap yang hanya boleh digunakan pada waktu malam sahaja ini juga boleh mempercepatkan proses pertumbuhan sel baru kulit.


KULIT JADI SENSITIF SECARA TIBA-TIBA


Penurunan sistem imun tubuh menyebabkan lapisan kulit epidermis yang mengandungi pelembap secara semula jadi turut berkurangan. Oleh itu kulit mudah mengalami masalah seperti alahan, terdedah pada pencemaran selain tidak tahan dengan bahan kimia tertentu dari produk kecantikan. Atasinya dengan memilih produk kecantikan khusus untuk kulit sensitif terutama produk yang mengandungi kandungan aloe vera mahupun camomil.


WAJAH SEMAKIN BERMINYAK

Stres menyebabkan pengeluaran hormon testosteron meningkat sekali gus menghasilkan minyak pada kulit secara berlebihah. Untuk itu, apa kata anda gunakan produk kecantikan yang tidak mengandungi minyak. Hindari penyegar yang mengandungi alkohol. Dari Set Siri Merawat PRODUK BIOPEARL kami ada sejenis gel iaitu COMEDONES REFINING GEL yang boleh membantu mengatasi masalah kulit yang berminyak dan liang pori yang terbuka dan besar. Penggunaan secara berterusan akan menjadikan kulit lebih halus tanpa menganggu kelembapan semulajadi kulit.


KULIT KUSAM

Regenerasi atau penggantian kulit yang tidak sempurna membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Oleh yang demikian, lakukan rawatan wajah yang lebih mendalam bagi menanggalkan sel-sel kulit mati. Antaranya adalah dengan menjalani rawatan intensif baik-pulih kulit kami iaitu RAWATAN SKIN RENEWAL , dimana didalam rawatan intensif tersebut beberapa pemakaian rangkaian produk kami seperti MARINE AMPOULES 'BRIGHT' , PHYSIO AND SOFT EXFOLIATING SCRUB, SKIN RENEWAL COMPLEX, BLACK MASK yang mencerahkan kulit wajah, serta SOOTHING ENHANCER COMPLEX sejenis serum lembut bagi memberi kelembapan berpanjangan pada kulit , sebagai bahan aktif pelindung dan pembaik-pulih kepada kulit yang kusam , kering yang boleh mengakibatkan kedutan mudah berlaku.


KEDUTAN HALUS MUNCUL

Hormon korisol mengurangkan kolagen dan mengikat protein yang diperlukan oleh kulit. Malah ia juga boleh menyebabkan kadar peningkatan paras gula dalam darah sehingga merosakkan kulit kolagen di elastin sekali gus mempercepatkan timbulnya kedutan halus di permukaan kulit. Cara terbaik untuk menghindari masalah ini adalah dengan menggunakan krim wajah yang mengandungi retinol dan antioksidan bagi mempergiatkan lagi pengeluaran kolagen.


TIPS SOLEKAN KETIKA KULIT BERMASALAH

SEKIRANYA KULIT ANDA SEDANG MENGHADAPI MASALAH, ELAKKAN MEMAKAI SOLEKAN TERLALU TEBAL. KENAKAN BEDAK ASAS YANG TIPIS DAN PILIH JENIS SOLEKAN NATURAL AKAN KELIHATAN SEGAR.

BAGI YANG MENGALAMI KULIT BERMINYAK, PILIH SOLEKAN JENIS MATTE, TETAPI UNTUK KULIT KERING, PILIHLAH SHIMMER MUNGKIN LEBIH SESUAI.

UNTUK SOLEKAN HARIAN, PILIH PRODUK KECANTIKAN YANG MEMPUNYAI BAHAN BERASASKAN AIR ATAU BAHAN SEMULA JADI. SEBELUM ITU KENALI TERLEBIH DAHULU JENIS KULIT SUPAYA TIDAK TIMBUL MASALAH IRITASI


KULIT YANG BERMASALAH SELALUNYA AKAN NAMPAK PUCAT DAN KUSAM. APA KATA SAPUKAN SEDIKIT BRONZER UNTUK MEMBERI SEDIKIT SERI. SAPUKAN DIBAHAGIAN TULANG PIPI SERTA SEDIKIT DI LEHER UNTUK MENAMPAKKAN KULIT LEBIH BERSINAR

SEKIRANYA KULIT ANDA TIDAK SESUAI DENGAN WARNA BRONZER, APA KATA PILIH WARNA MERAH JAMBU MUDA. SAPUKAN DIBAHAGIAN TULANG PIPI SECARA MENAIK KE ARAH TELINGA.

KETIKA MEMBELI PRODUK KECANTIKAN, PERHATIKAN DAHULU KANDUNGAN DI DALAMNYA ATAU ANDA BOLEH MENCUBA PRODUK "TESTER" TERLEBIH DULU. SEWAKTU MEMBELI BEDAK ASAS SAPUKAN SEDIKIT PADA KULIT LENGAN DIBAHAGIAN DALAM BAGI MEMASTIKAN IA SESUAI DENGAN JENIS KULIT SELAIN TIDAK TIMBUL ALERGI ATAU GATAL-GATAL PADA KULIT.


Cantik di Hati :

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu, jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa , Penciptanya.




(TERATAI KASIH SPA(OUTLET BIOPEARL)

CWGN MASJID TANAH, MELAKA











 
template by suckmylolly.com